• Rasai kehangatan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-53 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
  • Nantikan persembahan artis-artis jemputan dari tanah air yang tidak asing lagi dan juga kemunculan semula kumpulan al-Wadi PMRAM.
  • Alamilah kemeriahan hari keluarga menerusi program KEKAL 2010. Berbagai aktiviti menarik bakal disajikan khas untuk anda.
  • Nikmati menu-menu hidangan teristimewa daripada Bazar KEKAL 2010. Sekali merasa, pastinya nak lagi.

Pengenalan

PMHK (Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan) merupakan program mega tahunan PMRAM yang dianjurkan bagi memperingati Hari Kemerdekaan Malaysia. Tujuannya adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menanam semagat cintakan tanah air selain daripada mensyukuri nikmat kemerdekaan yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T sejak tahun 1957 pada tanggal 31 Ogos.

Selain itu, suatu fakta yang tidak dapat disangkal lagi bahawa PMRAM walaupun berjauhan dari tanah air tercinta, ia turut menyumbang bakti dalam usaha memerdekakan tanah air tercinta. Sehubungan dengan itu, bersempena dengan perayaan menyambut kemerdekaan negara, PMRAM yang telah menjangkau usianya genap 80 tahun ini bercadang untuk menyambut ulang tahun kelahirannya secara besar-besaran memandangkan jasa serta pengorbanannya kepada anak bangsa pertiwi sejak sekian lama sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan lagi.

Terbukti di sini bahawa PMRAM yang diasaskan bagi menyatukan suara mahasiswa Asia Tenggara pada suatu ketika dahulu masih kekal bertahan di bumi Mesir ini sebagai sebuah persatuan induk bagi anak-anak Malaysia di Mesir. Lantaran itu, PMHK pada kali ini turut mensasarkan satu objektif tambahan selain daripada memperingati Hari Kemerdekaan iaitu memperingati kematangan usia PMRAM sejak sekian lama. Hasilnya, beberapa acara dan konsep diubah bagi mencapai misi ini.

Justeru, lahirlah KEKAL (Karnival Kenangan 80 Tahunan PMRAM) 2010 yang tampil dengan aksi serta corak persembahan yang baru dan dinamik. Lantaran itu, KEKAL diharapkan dapat menyatukan serta menggabungkan semua ahli PMRAM bagi mempertautkan ukhuwah dengan lebih erat dan berjaya merealisasikan tujuan dan juga impian seperti yang telah ditetapkan.
 
KEKAL 2010 © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top